Sunday, May 1, 2011

Bangkok penuh warna-warni


PASAR terapung antara tarikan unik di bangkok.


IBU negara Thailand iaitu kota Bangkok, bermula sebagai pusat perniagaan kecil dan pusat pelabuhan komuniti yang terdapat di tebing barat Sungai Chao Phraya, 200 tahun yang lepas.

Hari ini, bandar raya Bangkok telah dikenali ramai oleh kerana pembangunan dan monumen sejarah yang tidak ternilai berusia beribu-ribu tahun lamanya.

Keagungan masa lampau yang terdapat di Thailand boleh dikatakan masih kukuh dikekalkan dengan pelbagai destinasi pelancongan ke kuil, istana, pasar terapung termasyhur atau Chinatown penuh warna-warni.

Setiap tempat-tempat yang terkenal itu mempunyai cerita yang menarik dan jika anda berpeluang melancong ke Bangkok, jangan lupa untuk mengunjungi tempat paling popular dikunjungi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: