|
|
Menariknya, ketiga-tiga gadis yang bernama Hana Amira Mohd. Hatim (Hana), Stephanie Goh (Steph) dan Fazuin Yusoff (Fazz) itu berkongsi hobi yang sama iaitu masing-masing cukup gemar mengumpul aksesori perhiasan diri dan pakaian.
Tambahan pula, imej berpakaian Tiga yang berkonsep urban dan hip hop menuntut mereka mempelbagaikan aksesori pakaian dan hiasan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Lantas, secara tidak langsung, Tiga yang baru melancarkan single pertamanya, Lelaki Tak Guna itu telah mempunyai beberapa koleksi aksesori untuk digayakan dalam setiap persembahan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: