KEMELUT isu pelakon dan duta produk, Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum berkesudahan. Baru-baru ini seniman pula cuba menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kes tersebut.
Namun menurut presiden Seniman, Harun Salim Bachik, usaha untuk menyelasaikan masalah dua selebriti ini menemui jalan buntu apabila Linda tidak memberikan sebarang reaksi.
"Kami rasa terpanggil untuk berusaha menjernihkan atau menyelesaikan masalah selebriti ini dengan cara yang labih baik.
"Fahrin ada meminta nasihat dan pandangan dari Seniman dan sebagai organisasi yang membela nasib anak seni memang wajar seniman campur tangan untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi dikalangan artis.
Menurut Harun lagi usaha untuk hubungi Linda tidak berhasil dan menyukarkan usaha Seniman dalam membantu permasalahan itu.
"Dua minggu lalu, kami telah bagi surat dan cuba hubungi Linda dengan pelbagai cara, namun sehingga sekarang masih tiada apa-apa respon dari dia. Saya rasa Linda sendiri tak mahu beri kerjasama.
"Jika bertepuk sebelah tangan tak menjadi juga, kami pun tak mahu seperti terhegeh-hegeh," ujarnya ketika di temui di Majlis Perlancaran Mingguan mStar, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan artis-artis agar menghormati Seniman sebagai sebuah keluarga besar.
"Dua-dua adalah dari kalangan selebriti, jadi Seniman rasa wajar untuk bantu mereka. Kami rasa masalah ini sedikit sebanyak di bawah tanggungjawab kami Seniman yang juga dianggap sebagai sebuah keluarga besar artis," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: