Friday, October 2, 2009

Selamat selepas 16 jam di laut


Marzuki turun dari bot di Jeti Merang di Setiu semalam selepas diselamatkan daripada terapung di tengah laut.


SETIU - Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan lapar dan dahaga selama 16 jam di laut apabila bot fiber yang dinaikinya karam kira-kira 12 batu nautika dari Pulau Redang di sini kelmarin.

Marzuki Awang, 30, diselamatkan pada pukul 8 pagi semalam oleh beberapa buah bot nelayan yang menemui mangsa di Batuan Rusa pada jarak 2.6 batu nautika dari pantai Merang.

Menceritakan detik cemas itu, Marzuki berkata, dia yang bekerja di Berjaya Resort di Pulau Redang dalam perjalanan ke Merang untuk menjemput saudaranya, Sanudin Shafie, 33, dengan menggunakan bot fiber.

"Sebaik tiba di Batuan Bara pada pukul 4 petang semalam (kelmarin), bot yang saya naiki terbalik selepas dipukul ombak besar sehingga menyebabkan saya hanyut," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Telaga Papan dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: