Friday, October 2, 2009

Gudang plastik seludup kereta curi

KUALA LUMPUR - Dua dalam satu. Begitulah operasi sebuah gudang barangan plastik di Klang yang turut melakukan kerja-kerja menyusun kenderaan mewah curi ke dalam kontena sebelum dieksport ke luar negara.

Kegiatan sindiket itu terbongkar ekoran penahanan tujuh lelaki termasuk lima pekerja gudang plastik itu kelmarin.

Kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan berasingan dalam beberapa serbuan selepas risikan dibuat sejak dua bulan lalu.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 5 petang itu, polis mulanya menyerbu gudang tersebut dan menahan lima lelaki termasuk dua pekerja warga India.

"Di gudang itu polis menemui tiga buah kontena yang dimuatkan dengan tujuh buah kenderaan mewah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kenderaan mewah di dalam kontena itu ialah Toyota Fortuner, Toyota Hilux dan Toyota Rush yang kesemuanya dilaporkan hilang di Lembah Klang tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: