
TAHUKAH anda bahawa peminat muzik British membelanjakan lebih £10,000 (RM54,301) untuk hiburan sepanjang hidup mereka? Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Compare Download pada September lalu, perbelanjaan itu termasuk kos membeli cakera padat (CD), piring hitam, muat turun lagu, teknologi muzik serta tiket konsert.
Jika anda bertanya kepada kebanyakan rakyat Malaysia, berapa banyak mereka boleh berbelanja untuk hiburan sepanjang hidup mereka, jawapannya mungkin kurang daripada jumlah itu. Malah, untuk membeli sekeping CD yang berharga kira-kira RM40 pun sudah dianggap terlalu mahal.
Ramai peminat muzik di seluruh dunia lebih suka membeli CD cetak rompak dan muat turun lagu secara haram di Internet, meskipun kualiti lagunya rendah, selain ancaman serangan virus pada komputer mereka.
Baru-baru ini, dalam usaha untuk mengawal cetak rompak digital, negara Perancis telah mengambil langkah berani dengan memotong akses Internet dalam kalangan penduduknya yang didapati memuat turun lagu, filem dan permainan video secara haram.
Adakah negara-negara lain juga akan mengambil tindakan yang sama? Persoalan itu masih menjadi perdebatan berterusan. Namun, di Malaysia, terdapat satu pilihan menarik untuk penggemar muzik menikmati muat turun kandungan hiburan secara sah serta bebas daripada ancaman virus. Malah, kadar bulanan untuk menikmati muat turun muzik tanpa batasan itu juga lebih murah berbanding dengan harga sekeping CD.
DiGi Music Unlimited yang dilancarkan baru-baru ini merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna DiGi yang menggemari muzik. Mereka boleh memuat turun muzik dan berkongsi lagu-lagu kegemaran mereka dengan rakan-rakan lain menerusi komputer atau telefon bimbit, hanya pada kadar RM5 sebulan.
Beberapa pengendali blog tempatan yang telah mencuba perkhidmatan ini mendapati ia sangat mudah digunakan dan harganya amat berpatutan.
Menurut seorang pengendali blog Choy (cheefulchoya.blogspot.com) di Pulau Pinang, DiGi Music Unlimited telah mengubah landskap muat turun lagu secara talian. "Dengan hanya 17 sen sehari, saya boleh memuat turun lagu-lagu ke dalam senarai kegemaran saya secara sah dan tidak perlu membayar caj data.
"Saya juga tidak perlu melayari Internet tanpa tujuan dan mendedahkan diri kepada lagu-lagu yang dijangkiti virus yang boleh merosakkan komputer saya," katanya.
Seorang lagi pengendali blog secretnicki.blogspot.com, Nicki berkata: "DiGi Music Unlimited menawarkan nilai sebenar dengan pilihan lagu yang banyak daripada Universal Music dan Sony Music, termasuk lagu-lagu terbaru Black Eyed Peas, Britney Spears dan The All-American Rejects."
Katanya lagi: "Majlis-majlis eksklusif yang dianjurkan seperti pengalaman bertemu dan beramah mesra dengan Black Eyed Peas di Kuala Lumpur baru-baru ini, merupakan antara faktor menarik untuk memenangi hati pelanggan DiGi Music Unlimited.
Pengendali-pengendali blog lain seperti Purple Peaches (puprlepeaches.blogspot.com), Bryan (bryanlyt.com) dan Tian Chad (tianchad.blogspot.com) secara kolektif mendapati perkhidmatan DiGi Music Unlimited bakal menjadi portal muzik terhangat di Malaysia, sekali gus mampu menandingi persaingan dengan perkhidmatan muat turun secara haram.
Terokai sendiri untuk melihat kebenaran apa yang dikatakan oleh pengendali-pengendali blog itu. Daftarlah dengan DiGi Music Unlimited hari ini dengan melayari www.DiGiMusic.com.my atau menghantar SMS 'ON MUSIC' ke 2000 dan nikmati muat turun muzik tanpa had hanya pada kadar RM5 sebulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: