Thursday, October 22, 2009

Hasrat dapat MyKad tetap tertunai


YENG PENG (kanan) menyerahkan MyKad mendiang Yik Sheng kepada sukarelawan Pusat Jagaan Siri Jayanti Metta, Tan Kim Leong di Kuala Lumpur semalam.



KERATAN Kosmo! 6 Oktober 2009.


KUALA LUMPUR - Walaupun tidak sempat mengangkat sumpah menjadi warganegara, warga emas berusia 99 tahun, Choong Yik Sheng menghembuskan nafas terakhirnya sebagai anak Malaysia selepas mendapat sijil kelahiran lewat dan MyKad PR (Pemastautin Tetap) semalam.

Sijil Kelahiran Lewat dan MyKad PR itu disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Lau Yeng Peng kepada ahli keluarga Yik Sheng di Pusat Memorial Nirvana di sini semalam.

Menurut Yeng Peng, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang juga (Menteri Dalam Negeri) terkejut dan sedih mendengar berita kematian tersebut kerana sebelum ini beliau berhasrat untuk menyampaikan sendiri MyKad itu kepada Yik Sheng.

"Selepas mendapat tahu hasrat Yik Sheng untuk mendapatkan MyKad dan taraf warganegara pada 3 Oktober lalu, pihak kami melakukan apa yang perlu untuk memenuhi hasratnya itu.

"Kita merancang menyerahkan MyKad dalam minggu ini tetapi tidak sempat memandangkan mendiang telah pergi dahulu," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: