Thursday, October 22, 2009

Wanita nyaris maut tersepit - Kereta terjunam ke dalam tebing Sungai Klang


PASUKAN bomba mengeluarkan wanita yang tersepit selepas kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam tebing Sungai Klang di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila tersepit hampir satu jam selepas kereta yang dinaiki bersama dua lelaki terbabas lalu terjunam ke dalam tebing Sungai Klang dekat pusat membeli-belah Sogo di sini semalam.

Kejadian pukul 12 malam itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu melambung dan terjunam ke dalam tebing setinggi tujuh meter sebelum terbalik dengan kesemua rodanya ke atas.

Pegawai Bomba Kanan Balai Chow Kit, Ahmad Hisham Abdul Rahman memberitahu, pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian mendapati wanita berusia dalam lingkungan 30-an tersepit di tempat duduk penumpang depan.

Katanya, pihaknya mengambil masa selama 49 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas seperti gergaji dan beg udara untuk memotong badan kereta itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: