CIK Normah yakin sehingga saat ini mesti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat anak kembar penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain. Bukan saja peminat atau masyarakat, rakan wartawan sendiri pun begitu teruja nak tengok rupa dua wajah comel anak penyanyi lagu Madah Berhelah itu.
Cik Normah pun rasa Ziana tak bersedia nak tayangkan wajah dia dan anaknya. Mesti Ziana nak tunggu badannya kembali meletup macam zaman seperti anak daranya. Tak dinafikan Ziana memang antara penyanyi tempatan yang mempunyai potongan badan dan pinggul yang menggiurkan. Lebih kurang macam Cik Normah jugalah...
Cik Normah difahamkan menerusi sumber yang boleh dipercayai, Ziana melahirkan anak kembar yang tidak seiras dan berlainan jantina. Syukurlah kerana akhirnya hasrat Ziana untuk mendapat anak perempuan termakbul jua. Kalau ada yang masih ingat dua anak pertama Ziana sebelum ini pun lelaki iaitu Aiman dan Ammar.
Tapi Cik Normah dapat tahu, Ziana serba salah nak mengikut cadangan syarikat itu kerana memikirkan apa pandangan rakan media yang selama ini setia menyokong pacuan kerjayanya. Entahlah Ziana, Cik Normah pun tak berani nak komen lebih. Bak kata you Ziana, makan pengat sendiri mahu ingatlah!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: