Monday, October 19, 2009

Dengarnya...: Kemelut teater Natrah


DALAM kesibukan Cik Normah melayan tetamu sewaktu majlis rumah terbuka NSTP minggu lalu di Hilton, KL sampai tak menang tangan dan lenguh kaki, Cik Normah sempat menghidu bau cerita yang agak menarik untuk dikongsi di sini. Ini bukan lagi pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi sebab cerita Cik Normah ini rumah pun belum siap lagi tapi macam-macam cerita sudah timbul.

Cik Normah merujuk kepada cerita pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima yang pada mulanya dirancang untuk dipentaskan di Istana Budaya pada bulan depan, alih-alih sudah dianjak ke hujung tahun. Cik Normah dapat tahu, tarikh itu dianjak dengan alasan dapat memberi peluang kepada pelakonnya berlatih lama sedikit. Maksudnya tidak tergopoh-gapah.

Dalam pada itu, Cik Normah terdengar juga kisah Ummi Nazeera yang berkawan rapat dengan pelakon utama teater ini, Remy Ishak menghubungi Erma Fatima untuk berkongsi cerita keterujaan Remy apabila dapat berlakon di bawah arahan pengarah itu. Tetapi cerita sebaliknya yang timbul kononnya Ummi dikatakan mencemburui Diana Danielle yang akan merampas Remy daripadanya.

Macam-macam bukan. Haa.. sebut mengenai Diana Danielle, Cik Normah dapat tahu kononnya pelakon berdarah campuran itu sudah mula demand harga untuk memegang watak Natrah sendiri. Cik Normah kurang pasti apa situasi sebenar yang terjadi sama ada watak itu sudah diberi kepada orang lain kerana tiba-tiba, Cik Normah dengar pelakon Sofia Jane juga turut diundang berlakon teater itu.


Cik Normah tak pasti sama ada watak Natrah itu akan digantikan Sofia Jane. Tapi kalau watak Natrah ketika muda dipegang Sofia Jane macam tidak sesuai pula. Yang terbaru, Cik Normah dengar Diana Danielle sudah menarik diri daripada teater itu. Hai macam-macam...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: