![]() |
| Anne |
Assalamualaikum, saya ingin kemukakan beberapa soalan untuk dijawab.
1. Apakah kerjaya Anne sebelum menjadi penyampai radio Hot FM ?
2. Apakah aktiviti yang dilakukan pada siang hari sebelum waktu bekerja pada 8 malam?
3. Adakah Anne sudah punyai kekasih untuk dijadikan pasangan hidup
4. Jenis muzik apakah yang menjadi kegemaran Anne?
n Shuk_Jefrri, Kluang
ANNE
1. Sebelum ini Anne pernah bekerja di belakang tabir sebagai pembantu penerbit di sebuah stesen tv, penulis skrip untuk program tv dan banyak lagi kegiatan seni yang lain. Dari situ Anne membina kerjaya sehingga hari ini.
2. Terus terang, I'm not a morning person. Jadi Anne biasanya akan bangun lambat dan Anne akan berehat di rumah atau pergi membeli belah atau membayar bil di bank. Sama sahaja aktiviti dengan orang biasa. Cuma Anne akan pastikan yang Anne betul-betul cukup rehat untuk bertugas pada waktu malam. Setiap Isnin Anne akan buat penggambaran Chopp!
3. Jawapan standard daripada mana-mana artis. Anne sedang mengenali hati seseorang. Tu sahaja yang Anne boleh katakan.
4. Anne suka semua jenis muzik . Tapi yang paling suka jazz, R&B and rock! Kadang-kadang ia akan berubah mengikut mood.
Suka membeli belah
Assalamualaikum. Hai Anne, apa khabar? Harap Anne sihat dan dilimpahi rahmat dari Tuhan. Saya ada beberapa soalan untuk anda.
1. Apa perkembangan terbaru Anne?
2. Apa perkara yang Anne selalu lakukan di waktu lapang?
3. Umur dah semakin meningkat, bila lagi nak berumahtangga? Dah jumpa calon yang sesuai ke belum?
n Zulhakimy Osman,
Taiping, Perak.
ANNE
1. Anne sekarang mengacara program Chopp di TV9. Insya Allah Anne juga akan terlibat sebagai pengacara diari MyStar LG yang akan ke udara sedikit masa lagi.
2. Anne sangat suka shopping. Memang Anne tak boleh jumpa dengan perkataan Sale yang tergantung di shopping complex. Selain itu, suka ke karaoke dengan teman-teman.
3. Kalau tiba waktunya nanti, pasti Anne akan berkahwin. Pada masa ini, sedang dalam proses mengenali seseorang.
Bagaimana hadapi persaingan?
Hai Anne. Apa khabar? Saya sangat meminati anda sejak Anne mula menceburi bidang seni lagi.
1. Bagaimana Anne boleh terlibat dalam bidang seni?
2. Macam mana nak menghubungi abang Anne? Ada e-mel tak?
3. Bagaimana nak bersaing dengan artis-artis yang sedia ada memandangkan sudah setiap tahun industri kita mengeluarkan ramai artis?
n Sofia Ismail,
Jeli, Kelantan.
ANNE
1. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Anne memang bercita-cita dari kecil nak bekerja di bidang penyiaran. Segalanya bermula bila saya pertama kali ke uji bakat rancangan kanak-kanak Hugo enam tahun lalu. Dari situ Anne bekerja di belakang tabir dan akhirnya menemui profession yang Anne rasakan sangat sesuai dengan jiwa Anne iaitu penyiar radio di Hot FM. Setiap pekerjaan yang Anne dapat adalah melalui uji bakat.
2. putrianne@hotfm.com.my
3. Tingkatkan kualiti kerja. Jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Sentiasa cari peluang untuk menunjukkan bakat.
Tak mungkin jadi penyanyi
Hai, apa khabar? Harap anda sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Tuhan.
1. Bila lagi nak jadi penyanyi?
2. 10 tahun akan datang, apa agaknya yang akan jadi pada Anne ye?
3. Siapa idola anda dalam bidang seni
n Mat Over,
Kuang, Selangor.
ANNE
1. Jadi penyanyi? Tak mungkin. Vokal Anne hanya sesuai untuk karaoke sahaja. Tak percaya? Jom karaoke...hahaha
2. Insya Allah sudah mempunyai dua cahaya mata yang comel dan masih menjadi ibu yang bekerjaya.
3. Anne sangat mengagumi Ryan Seacrest. Beliau adalah contoh terbaik bagi Anne kerana dia seorang deejay juga pengacara yang sangat hebat. Bukan itu sahaja, dia juga seorang penerbit untuk banyak program. Kalau kita lihat jadual bekerja sangat padat. Ini menunjukkan Ryan seorang yang sangat rajin dan menggunakan segala peluang yang ada!
Suka mengacara
Assalamualaikum Anne. Saya sangat meminati anda dan gaya penyampaian anda ketika ke udara bersama peminat.
1. Sepanjang bergelar anak seni, apakah cabaran terbesar yang Anne pernah harungi?
2. Mana lebih menyeronokkan? Mengacara atau menjadi deejay radio?
3. Apa strategi Anne untuk menaikkan lagi jenama diri anda ke peringkat yang lebih tinggi?
n Mohd. Ikbal Mustaza,
Kelang, Selangor.
ANNE
1. Cabaran terbesar bila ada yang cuba melaga-lagakan Anne dengan penyampai yang lain. Itu yang paling Anne tak boleh terima. Kami ibarat adik beradik di Hot FM dan tak mungkin perkara tersebut berlaku.
2. Kedua-duanya memberikan kepuasan yang tersendiri. Anne sangat teruja jika dapat melakukan kerja yang Anne suka.
3. Anne akan mengambil peluang yang ada terutama sekali untuk program-program yang belum pernah Anne lakukan seperti travelling dan sebagainya.
Mahu terus jadi penyampai
Hai Anne. Saya ada beberapa soalan. Harap sudi menjawabnya.
1. Apa perancangan Anne untuk mempopularkan lagi stesen Hot FM?
2. Apakah impak yang terbesar dalam hidup Anne ketika menjadi deejay di Hot FM?
3. Sampai bila Anne mahu menjadi deejay? Tak terfikir mahu membuat sesuatu yang baru?
n Halim Hamid,
Kuala Lumpur.
ANNE
1. Anne dan semua krew Hot FM sentiasa berusaha untuk mengadakan acara-acara yang dapat mendekatkan penyampai dan pendengar untuk segmen malam Hot FM Zon. Ikhwan dan Anne akan cuba muncul dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelajar IPTA mahupun IPTS kerana kebanyakan pendengar kami dari golongan pelajar.
2. Sebelum ini muzik hanya minat di waktu lapang. Tapi kini muzik adalah kerjaya dan sebahagian dari hidup Anne. Anne seronok dengan muzik.
3. Selagi perkhidmatan Anne diperlukan, selagi itu Anne akan terus berada di Hot fm. Anne mahu mengukuhkan nama sendiri agar dapat memberikan yang terbaik pada semua.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: