Sunday, October 11, 2009

BCL belum mahu anak

BUNGA Citra Lestari (BCL) mengakui saat ini dia dan suaminya Ashraf Sinclair masih belum mahu menimang anak.

Semuanya gara-gara kesibukan pasangan itu dengan kerjaya masing-masing. Apalagi BCL yang sudah lama tidak berlakon mendapat tawaran baru-baru ini.

Sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya, BCL mengakui kesibukannya itu tidak pula menyebabkan dia kurang meluangkan masa dengan suaminya.

Malah ia dijadikan faktor untuk mengeratkan hubungan masing-masing kerana kebetulan Ashraf dan BCL menjalani penggambaran tidak jauh di antara satu sama lain.

"Rindu untuk kembali ke lokasi nampaknya kini sudah terubat dan seronoknya lokasi penggambaran dekat dengan lokasi penggambaran Ashraf dan kami boleh selalu bertemu," katanya gembira.

Pun begitu BCL mengakui perancangan untuk menimang cahaya mata bukan dalam masa terdekat malah kedua-duanya juga tidak terburu-buru untuk mendapat anak.

"Macam mana nak menimang cahaya mata, kan kami sibuk shooting. Belum ada perancangan untuk mempunyai anak," katanya sambil menafikan bahawa dirinya sedang hamil.

Ashraf sendiri tidak keberatan kalau mereka belum dikurniakan dengan anak. "Tidak ada masalah kalau tak ada anak. Setakat ini suami masih santai dan belum menuntut," tambah BCL.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: