Monday, October 12, 2009

Ratu cantik plastik milik Urban


GAMBAR menunjukkan Urban (tengah), Kulcsar (kanan) dan Horvath (kiri).



BUDAPEST - Seorang wanita berumur 22 tahun, Reka Urban memenangi sebuah apartmen selepas dia dinobatkan sebagai Ratu Cantik Plastik Hungary di Budapest pada Jumaat lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Edina Kulscar yang mendapat hadiah sebuah kereta manakala tempat ketiga dibolot Alexandra Horvath sekali gus barang kemas bernilai AS$10,800 (RM36,622) menjadi miliknya.

Horvath sebelum ini menjadi calon pilihan utama untuk memenangi gelaran ratu cantik plastik tetapi dia nyaris terkeluar daripada pertandingan selepas cedera sebelum pertandingan bermula.

Dia yang berumur 23 tahun terjatuh semasa menjalani pemeriksaan payu dara plastiknya oleh hakim sebelum pertandingan bermula.

Horvath terjatuh semasa panel hakim memuji Dr. Tamas Rozsos kerana dia melakukan pembedahan plastik terhadap payu daranya tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Horvath terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana kecederaan tetapi dia akhirnya dibenarkan untuk memasuki pertandingan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: