Thursday, October 22, 2009

8 wanita bertudung seludup dadah




LAPAN wanita Iran duduk di belakang dua pegawai kastam yang menunjukkan bukti rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta semalam.JAKARTA - Sekumpulan sepuluh penyeludup termasuk lapan wanita yang memakai tudung ditangkap bersama dadah methamphetamine bernilai AS$12.5 juta (RM42.21 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini, kata Ketua Pengarah Kastam, Anwar Suprijadi semalam.

Menurut Anwar, kumpulan itu ditangkap dengan membawa kristal methamphetamine dan 23 liter dadah dalam bentuk cecair.

Dia berkata, rampasan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah lapangan terbang itu.

Anwar menyatakan, kumpulan itu tiba dengan menaiki penerbangan dari Malaysia, Syria dan Qatar pada Isnin dan kelmarin.

Menurutnya, sebelum ini pihak berkuasa tidak pernah melihat wanita bertudung digunakan sebagai penyeludup dadah.

Dadah itu dibungkus dalam bekas plastik dan botol dan dimasukkan ke dalam bagasi.

"Kami percaya mereka merupakan sebahagian daripada satu sindiket antarabangsa. Dengan memakai pakaian Islam, wanita itu cuba untuk memperdayakan pegawai-pegawai di sebuah negara seperti di Indonesia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: