
![]() |
| |
LONDON - Heroin filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto menyelamatkan seorang peminat yang nyaris dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh di sebatang jalan raya kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika kejadian, aktres tersebut dan teman lelakinya yang turut membintangi filem Slumdog Millionaire, Dev Patel sedang membeli-belah di sini apabila peminat wanita itu berlari untuk menyapa mereka.
Namun, Pinto (gambar), 25, berpaling ke arah sekumpulan jurugambar yang mahu merakamkan gambarnya dan dia tidak menyedari kehadiran peminat wanita itu sehingga terlanggarnya.
Wanita itu terjatuh ke tengah jalan raya dan nyaris dilanggar sebuah kereta yang menuju ke arahnya.
"Ketika Pinto berpaling ke arah lain, dia terlanggar wanita itu kerana tidak melihatnya," kata seorang saksi.
Aktres itu kemudian bergegas berlari ke tengah jalan raya untuk memapah wanita itu keluar dari situasi berbahaya.
"Pinto turut memastikan peminat itu selamat. Kami terkejut melihat insiden itu," tambahnya.
Pelakon tersebut berada di sini untuk menjalani penggambaran sebuah filem yang belum diberi tajuk bersama aktor Josh Brolin yang diarahkan oleh pengarah veteran, Woody Allen.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: