Thursday, October 22, 2009

Lagi dakwaan penipuan gambar


TUBUH asal Zelyaeva (kiri) dan gambar kanan menunjukkan badan Zelyaeva yang diubah suai supaya pinggangnya kelihatan ramping.



NEW YORK - Semasa kontroversi gambar pinggang seorang modelnya diubah supaya kelihatan lebih langsing, syarikat fesyen terkemuka, Ralph Lauren menganggapnya sebagai satu kes terpencil.

Namun, sebuah akhbar semalam mendakwa terdapat satu lagi kejadian sama apabila imej seorang lagi model syarikat berkenaan iaitu Valentina Zelyaeva turut diubah supaya pinggangnya kelihatan langsing pada sesi penggambaran iklan di Sydney, Australia.

Pengguna-pengguna Internet berang apabila imej model jelita itu diubah dengan menggunakan teknologi digital supaya pinggang dan pahanya kelihatan jauh lebih langsing.

Penipuan syarikat itu terbongkar apabila gambar sebenar model tersebut disiarkan dalam laman web PhotoshopDisastersblogspot.com baru-baru ini.

"Gambar wanita itu (Zelyaeva) menakutkan saya," kata seorang pengulas laman web itu.

Imej Zelyaeva mencetuskan kontroversi seminggu selepas syarikat Ralph Lauren dikecam kerana gambar modelnya, Filippa Hamilton diubah supaya saiz kepala wanita itu kelihatan lebih besar daripada pinggangnya.

Menurut sumber, Zelayaeva, 27, merupakan model kelahiran Rusia dan dia mula menjadi model untuk Ralp Lauren pada 2005.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: