Wednesday, July 20, 2011

Seludup dadah guna kurier

RAMPAS...Govinden (dua dari kanan) menunjukkan dadah serta alat bungkusan dadah yang dirampas.
RAMPAS...Govinden (dua dari kanan) menunjukkan dadah serta alat bungkusan dadah yang dirampas.

SEPANG: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini menggunakan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyeludup dadah ke negara ini kerana dikatakan lebih mudah dan murah.

Taktik dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, malah sehingga 18 Julai lalu sebanyak 15 rampasan direkodkan, membabitkan kira-kira 64 kilogram (kg) dadah terutama jenis sintetik termasuk syabu, ketamin, eramin 5, ganja dan heroin dengan nilai RM5.62 juta.

Berbanding tahun lalu, hanya ada 25 kes rampasan berjumlah 75.7kg dadah bernilai RM11.9 juta, manakala pada 2009, 17 kes dilaporkan, membabitkan 167kg pelbagai jenis dadah bernilai RM23.94 juta.

Terbaru, Bahagian Penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia KLIA merampas dua jenis dadah dipercayai ketamin dan syabu seberat 7kg bernilai hampir RM1 juta dalam dua kes berasingan pada 13 dan 16 Julai lalu di pusat itu.


Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata, kes pertama, sindiket didapati mengirimkan bungkusan dari China menggunakan perkhidmatan pos laju (EMS) kepada dua penerima di Sepang dan Subang Jaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: