Monday, July 4, 2011

Hadiah Peminat Koleksi Istimewa Daus

DAUS atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 23, mula mendapat tempat dalam persada muzik tempatan selepas menjadi finalis Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Single lagu pertamanya Kenapa mula menjadi kegemaran ramai.

Dan terbaru, Daus mengorak selangkah lagi dengan menghasilkan sendiri single keduanya berjudul, Akhir Waktu.

Setahun ‘meneroka’ dunia hiburan tempatan, terlalu banyak kenangan manis yang dikumpul Daus dengan peminat-peminatnya.

Kerana itu, ketika hadir ke studio di Menara Star baru-baru ini untuk merakamkan barangan kesayangannya, kebanyakan barangan tersebut ada kaitan dengan peminat-peminatnya.

“Saya baru setahun dalam industri ini. Dalam jangka masa itu, saya perlu mengembangkan kerjaya saya dengan bantuan peminat.

“Oleh itu, antara barangan yang ingin saya tunjukkan adalah hasil pemberian peminat-peminat saya. Dan juga hadiah seseorang yang istimewa kerana dia juga merupakan pemberi semangat terhadap kejayaan saya selama ini. Selain itu, kamera dan komputer riba saya juga merupakan barang terpenting buat saya dalam mengharungi kerjaya sebagai seorang penyanyi,” kata Daus.

Apalagi, lihatlah barang-barang yang dipaparkan ini!

Kamera Sony DSC-H50

Daus seorang yang gemar mengambil video ketika berada di lokasi yang menarik dan pada masa yang sama dia juga seorang yang gila bergambar. Sebab itulah kamera kesayangannya itu mesti dibawa ke mana-mana sahaja.

Sarung tangan

Kalau nak tahu, Daus hanya ada dua helai sarung tangan ini sahaja. Ia digunakan khas ketika sesi fotografi. Kata Daus, dia membeli sarung tangan tersebut sebelum menyertai AF8 lagi.

Tamborin

Bagi Daus, alat muzik ini merupakan ‘perencah’ dalam persembahan yang dibawanya. Lebih-lebih lagi apabila membuat persembahan secara akustik, tamborin menjadi pilihan Daus. Katanya, tamborin itu dibeli selepas keluar daripada AF8. Ia berharga RM39.90.

Aksesori tangan (wrist band)

Aksesori tangan yang dibawa Daus ini baru sedikit. Kata Daus, dia mempunyai koleksi lebih daripada 10 barang tersebut. Aksesori tangan seperti ini akan menjadi barang pertama yang akan dibelinya jika ke pusat membeli belah.

Cawan

Cawan comel ini merupakan pemberian daripada peminat dan ini merupakan antara barang yang paling disayangi. “Mereka telah memberi sokongan kepada saya dan saya mahu menghargainya sebaik mungkin. Saya sayang mereka dan saya akan simpan barang-barang ini sebagai koleksi yang berharga,” kata Daus.

Tali pinggang

Sekali pandang macam tali pinggang askar! Inilah tali pinggang pertama yang dibelinya selepas keluar AF8. Tali pinggang ini mempunyai kenangan yang tersendiri ketika Daus mengenali seseorang yang diminatinya dahulu. Hubungan mereka agak serius dan individu itu hampir-hampir menjadi kekasihnya pada ketika itu.

Tali leher

Mungkin bagi pandangan mata orang lain, tali leher bukanlah suatu perkara yang istimewa untuk dijadikan kenangan. Tetapi, dua tali leher ini merupakan aksesori pakaian yang paling kerap dipakainya dan kalau tidak ada tali leher tersebut, perasaan tidak selesa mula menghantui Daus.

Telefon bimbit Nokia

Nampak macam dah tak boleh pakai telefon bimbit ini tetapi ia masih berfungsi. kata Daus, dia menggunakan telefon ini ketika belajar di Politeknik Kuching, Sarawak, tidak lama dulu.

Komputer Riba Acer

Komputer ini baru saja dibelinya dan ia merupakan tempat Daus menyimpan gambar-gambar yang dirakamkannya. Walaupun sentiasa dijaga dengan rapi, Daus agak risau jika komputer riba itu hilang. Maklumlah banyak benda istimewa tersimpan dalam komputer itu.

Jam tangan Fossil

Bak kata orang, masa itu emas. Tanpa jam, agak sukar untuk Daus melakukan kegiatan hariannya. Menarik lagi tentang jam ini, ia diberikan oleh seseorang teman yang sangat istimewa buat Daus. Siapakah orang itu? Hanya Daus yang tahu...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: