Monday, July 4, 2011

Supermodel, bilionair bercerai

PORTMAN dan Natalia berpisah selepas sembilan tahun berkahwin.
PORTMAN dan Natalia berpisah selepas sembilan tahun berkahwin.
PASANGAN itu mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
PASANGAN itu mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

NATALIA Vodianova adalah antara supermodel paling berjaya di dunia sementara Justin Portman pula ialah aristoktrat Inggeris, mewarisi harta berjumlah berbilion-bilion paun.

Namun, kisah cinta antara Portman, yang keluarganya memiliki 110 ekar tanah di tengah London dan Natalia, wanita yang dulunya miskin dan berasal dari Russia dan kini menjadi kaya raya, sudah berakhir.

Pasangan itu yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup mereka - Lucas, sembilan, Neva, lima dan Viktor, tiga, berpisah selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun menafikan mereka akan bercerai sebelum ini, Natalia yang mempunyai harta peribadi berjumlah �15 juta (RM75 juta), akhirnya mengesahkan khabar angin itu dalam satu wawancara.


Wanita berusia 29 tahun itu memberitahu majalah ES: “Ia sungguh memilukan. Kami tidak bercakap mengenainya. Anak kami menyedari perkembangan itu. Saya tidak fikir saya akan bercakap mengenainya.”Portman, 41, ialah adik tiri Viscount Portman, lelaki ke-53 paling kaya di Britain dengan harta berjumlah kira-kira �1.2 bilion (RM6 bilion).


Portman dan Natalia memiliki rumah di seluruh dunia, termasuk kediaman mewah di London, ladang seluas 3,000 ekar Herefordshire, rumah abad ke-14 di Sussex Barat, sebuah kediaman di New York dan sebuah rumah percutian di Uruguay.

Apabila ditanya sama ada dia kini bercinta dengan lelaki lain, Natalia mengaku: “Ya. Sudah tentu.”

Dia bagaimanapun enggan menamakan kekasih barunya.

Sejak beberapa bulan lalu dia dikaitkan dengan pelakon bermasaIah, Jonathan Rhys-Meyers, yang berlakon bersama-samanya dalam filem Belle du Seigneur.

Dia juga dikatakan rapat dengan bekas jurugambar perang, Scott Douglas yang bercerai dengan artis, Tracey Emin tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Beberapa laman web Russia juga mendakwa Natalia semakin intim dengan pengarah televisyen Russia, Andrey Boltenko. Dakwaan itu sebelum ini dianggap karut.

Dan yang terbaru, dia dikaitkan dengan pakar kewangan, Alexander Peshko.

Keretakan pada rumah tangga Natalia dan Portman mula berlaku pada akhir 2009.

Jelitawan itu menghabiskan musim perayaan di Antigua sementara Portman pula memberi lebih banyak tumpuan pada rumah mereka di Punta del Este, Uruguay, mengawasi pembangunan tempat percutian baru.

Sumber ketika itu mendedahkan bagaimana kecewanya lelaki itu tanpa orang disayangi di sekelilingnya. Dia menyambut Krismas bersendirian dan amat merindui Natalia dan anak-anaknya.

Natalia kini hidup kaya raya, jauh berbanding dengan kemiskinan yang dilaluinya di Gorky, sebuah bandar pendalaman yang kini dikenali sebagai Nizhny Novogorod, di Russia.

Ketika berusia belasan tahun, dia membantu ibunya menjual buah-buahan di tepi jalan dan kemudian mendirikan gerai sendiri, berkongsi dengan seorang rakan.

Pada usia 15 tahun, Natalia menyertai sebuah akademi modeling dan dua tahun kemudian menjadi model untuk Viva Models di Paris.

Sejak itu dia muncul sebagai antara supermodel paling berjaya di dunia.

Tidak hairanlah dia dikenali sebagai Cinderella Russia di negaranya sendiri dan tahun lalu, Natalia meraih pendapatan lebih �2.5 juta, menjadikannya model berpendapatan paling tinggi.

Dia berkahwin dengan Portman pada November 2001 di London.

Pada September 2002, mereka mengadakan jamuan tiga hari berturut-turut di St Petersburg.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: