
Penumpang boleh menikmati pengembaraan di Timur Asia dengan penerbangan ke China (Hangzhou, Tianjin, Cheng�du), India (Bombay, Delhi), Korea (Incheon) dan Jepun ( Haneda) serendah RM255 sehala.
Ketua pegawai eksekutifnya, Azran Osman Rani (gambar) berkata, kurang empat tahun, AirAsia X berjaya menerbangkan lebih lima juta penumpang ke-10 negara seluruh dunia.
“Pencapaian ini tidak mungkin dimiliki tanpa sokongan penumpang. Kami menjangka jumlah penumpang akan berganda dua tahun setelah menggunakan lima pesawat Airbus A330s terbaru,” katanya.
Tawaran kelas ekonomi dan premium dibuka menerusi tempahan dalam talian dari 4 hingga 8 Julai ini bagi tempoh penerbangan dari 6 hingga 20 Jun 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: