Sunday, May 15, 2011

UUM anjur forum bantu pelajar Selebriti masuk sekolah


RAZMI (duduk, kiri) dan Mohd. Amin (tengah) bergambar bersama selebriti dan pelajar di SM Sains Alam Shah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras di sini semalam teruja kerana berpeluang belajar mengenai etika penampilan diri bagi menghadiri temu duga daripada barisan selebriti terkenal tanah air.

Bekas wartawan dan penyampai berita TV3, Yusanani Yushak (gambar kecil) berkata, dia dan seramai 18 lagi selebriti yang menjadi pelajar sambilan Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat dalam forum bagi memberi panduan kepada para pelajar itu suatu kemahiran yang membantu mereka yang bakal menapak ke alam pekerjaan selepas Sijil Pelajaran Malaysia atau selepas selesai pengajian di institusi pengajian tinggi kelak.

“Forum hari ini (semalam) dikendalikan oleh saya dan rakan-rakan artis bagi menyiapkan tugasan program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM.

“Ia merupakan tugasan subjek Pembangunan Masyarakat yang mewajibkan kumpulan kami membuat empat program kemasyarakatan,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: