Monday, May 23, 2011

TUDM bantu hapus aedes

KERJASAMA...sebahagian anggota TUDM bersama penduduk membersihkan  kawasan.
KERJASAMA...sebahagian anggota TUDM bersama penduduk membersihkan kawasan.

PUCHONG: Sekumpulan 100 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turun padang bergotong-royong membantu penduduk di Kampung Sri Langkas Tambahan di sini untuk membanteras pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka, kelmarin.

Kerjasama julung kali dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu turut dihadiri 180 penduduk bertujuan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dan pembersihan kawasan di lokasi ditetapkan.


Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kampung itu, Mohd Nasir Yusoff berkata, terdapat 12 kes dilaporkan pada bulan lalu di kampung itu, selain tiga lagi kes di Kampung Sri Andalas dan Sri Aman. Justeru, kerja pembersihan dilakukan di tiga kampung ini.

“Ini program gotong-royong kali kedua diadakan selepas pertama kali dilaksanakan bulan lalu.


“Ia akan menjadi program berterusan yang akan dilakukan penduduk bersama-sama MPSJ dalam menangani masalah denggi di kawasan ini.


“Malah kita juga mengenalpasti tempat-tempat pembiakan seperti di dalam tangki air, penutup tong cat, dalam tayar, pasu bunga, bekas plastik dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, kawasan berkenaan tidak pernah mencatatkan sebarang kes denggi berikutan terdapat kes terbaru MPSJ menerusi Jabatan Kesihatan akan menggunakan kaedah semburan bagi membunuh jentik-jentik.


“Apa yang penting kesedaran orang ramai untuk sentiasa menjaga kawasan kediaman masing bagi memastikan tiadanya tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: