Sunday, May 22, 2011

Tidak kisah dengan kritikan



Memek-memek wajahnya sungguh mencuit hati. Apa lagi mendengar dan melihat aksinya di dalam video rakaman di laman sosial ‘Youtube’. Slanga Bahasa Melayu mereka membuatkan ramai tertawa dengan gelagat bersahaja mereka.

Tidak hanya menyanyi dalam Bahasa Melayu, malah ada juga meniru babak dalam filem seperti filem Pendekar Bujang Lapok. Biarpun mengalami masalah bahasa pada mulanya, itu semua dapat di atasi apabila ada inisiatif untuk mempelajarinya.

Paku atau nama sebenarnya Harrison A Neil berkata, idea untuk muncul dalam laman youtube adalah secara tiba-tiba.

“Habis bertugas, tak tahu nak buat apa, jadi sengaja dirakamkan video. Lagu pertama adalah lagu nyanyian Zee Avi. Lirik lagu itu telah ditukar kepada fahaman sendiri,” katanya yang bergandingan dengan sahabatnya yang menggelarkan diri sebagai Belacan.

Menurutnya selepas lagu itu, mereka mendapat pelbagai respons, ada yang suka dan ada juga yang mengkritik. Akhirnya lagu itu telah dikeluarkan dan digantikan dengan lagu lain.

“Kami jadi suka apabila ia mendapat respons yang baik. Bukannya nak glamor, cuma kami buat ikut stail kami sendiri.

“Terkini, kami sudah merakamkan sebuah lagu khas bersempena dengan Hari Gawai di Sarawak,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Urusan Sinar Harian baru-baru ini.

Selain lagu tersebut, laman Youtube mencatatkan hampir 100 ribu pelayar yang meminati lagu Hati Raya nyanyian mereka.

“Itu pencapaian membanggakan buat kami. Kami hanya suka-suka sahaja. Tapi bila dah banyak permintaan, kami terus membuat pelbagai jenis lagu dan video. Kami suka menyanyi dalam Bahasa Melayu.

“Sekarang, bukan sahaja di Malaysia, tapi sudah banyak Negara tahu akan kewujudan kami,” katanya yang sering merakam lagi setelah pulang dari tempat kerja.



Sukarelawan yang popular



Menggelarkan diri sebagai Paku dan Belacan, ternyata nama itu bagaikan tuah buat mereka. Kedua-duanya berasal dari Amerika Syarikat, Paku atau nama sebenarnya Harrison A. Neil berasal dari Arizona dan berusia 23 tahun.

“Nama paku tu ada kena mengena dengan nama saya. Neil itu bermaksud paku, jadi ia secara spontan sahaja,” katanya.

Pada asalnya, kunjungan mereka ke Malaysia adalah sebagai sukarelawan. Ditugaskan ke Bintulu, Sabah, Paku mengakui banyak mempelajari Bahasa Melayu dari sana.

“Sepanjang saya berada di Bintulu, saya dapati ada masalah komunikasi antara saya dan penduduk di sana. Jadi, saya telah belajar Bahasa Melayu. Saya akan menghadiri kelas Bahasa selama sejam. Bukan sahaja boleh bercakap malah saya boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: