Wednesday, May 18, 2011

Tangani isu kritikal elak keganasan


RAJA NAZRIN (kanan) bersalaman dengan para peserta pada majlis perasmian penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di Ipoh semalam.


IPOH - Ancaman militan dan keganasan tidak mudah berakhir dengan kematian Osama bin Laden sebaliknya dunia wajib merenung kepada pemikiran yang lebih kreatif dan membina bagi menghindarkan kelahiran lebih ramai Osama baharu di muka bumi ini.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, langkah pencegahan untuk menghindar daripada terbentuknya lebih ramai Osama dan beberapa isu kritikal wajib diberi perhatian.

Titah baginda, antaranya termasuklah kemiskinan, ketidakseimbangan agihan kekayaan negara, amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin, tadbir urus negara yang lemah dan kemudahan pendidikan yang tidak setanding dengan keperluan semasa.

"Kemudahan sosial dan infrastruktur yang daif di samping masalah politik di Asia Barat terutama isu Palestin yang berpanjangan, adalah isu-isu kritikal yang wajib diberikan perhatian.

"Selagi isu-isu kritikal ini tidak segera diselesaikan, selagi itulah dunia tidak akan aman dan api keganasan akan terus membara," titah baginda pada majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: