Sunday, May 29, 2011

Sendayan ganti TUDM Sungai Besi


NAJIB tersenyum menyaksikan banduan membuat persembahan dikir barat selepas merasmikan Program Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam.


TAMPIN – Kawasan Sendayan yang terletak 12 kilometer dari Seremban semalam diumumkan sebagai lokasi baru menggantikan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang telah menjadi pangkalan udara sejak tahun 1965.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, maklumat lengkap mengenai lokasi pangkalan projek baru itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Pangkalan ini akan dibina di Sendayan dekat Seremban dan saya akan umumkan maklumat terperinci mengenainya selepas ini,” kata beliau selepas merasmikan Program Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dekat sini semalam.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan bersetuju menyerahkan tapak pangkalan udara itu kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun lepas untuk projek pembangunan komersial bersepadu.

Ia akan melibatkan kawasan penginapan, pusat perniagaan dan rekreasi, perpustakaan, taman awam dan dataran riadah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: