24 April lalu Remy dan kelab peminatnya telah buat satu aktiviti untuk menyambut hari larinya yang ke 29 tahun. Majlis yang berlangsung di Bora Ombak dan Pusat Futsal Ampang Sportplanet ini bermula pada pukul 2 .00 petang dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti futsal dan jamuan makan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara mereka. Remy ada emailkan ucapannya pada Mangga Online, khas buat semua peminatnya.. Jom kita baca apa yang Remy ingin luahkan.
"Sudah dua tahun berturut-turut para peminat Remy bersusah payah menganjurkan majlis harij adi Remy. Remy amat terharu dengan kesungguhan mereka meraikan harij adi Remy. Walaupun hari jadi Remy ipada 11 April, tapi mereka sanggup tunggu sehingga 23 April untuk meraikan bersama-sama Remy. RIFC dikepalai oleh beberapa peminat setia Remy. Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Atie dan Kak Emi.
Masa bersama mereka amat Remy hargai kerana Remy berpeluang mengenali mereka dengan lebih dalam contohnya background mereka, pekerjaan mereka. Tak sangka ramai juga di kalangan mereka ni yang berpotensi menjadi penyanyi. Aktiviti berfutsal itu sebenarnya permintaan Remy sendiri. Remy nak galakkan para peminat Remy mengamalkan hidup sihat. Remy amat berpuas hati dapat beriadah bersama para peminat pada petang itu. Insya-Allah, Remy berhasrat untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sihat sebegini pada masa akan datang. Kepada para peminat, tunggu...
|
Saturday, May 7, 2011
Remy sambut hari lahir bersama peminat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: