Tuesday, May 10, 2011

Remy bawa Tiz, famili shopping?

Pasangan pelakon filem Nur Kasih The Movie. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pernah mengatakan mereka penat menjawab soalan pasal hubungan cinta di antara mereka.

Sebaliknya baik Remy atau Tiz, masing-masing mengklasifiaksikan hubungan mereka sebagai hubungan profesional sesama artis. Cinta mereka hanya wujud di layar perak atau di layar kaca sahaja.

Apa status hubungan mereka?

Biasalah, itukan jawapan biasa yang kita dengar apabila ada dua pelakon yang dikatakan sedang menyulam cinta. Kita pun tak kisahlah apa yang ada dalam diri mereka.

Tapi yang Che Lee nak kongsi ni bila ada yang memberitahu Che Lee pasal kemesraan Remy dan Tiz. Ada spy Kita yang nampak Remy menemani Tiz dan keluarga keluar membeli belah di sebuah gedung besar di Subang Jaya, Kuala Lumpur.

"Aku nampak Remy dan Tiz bersama ahli keluarga membeli belah di pasaraya besar itu. Tak tahulah Remy menemani Tiz dan keluarga ataupun Remy membawa keluarga Tiz keluar bersama-sama," kata spy itu bersungguh-sungguh.

Dia ada di sana pada masa itu kerana mahu memberi keperluan yang sudah nak habis. Bila nampak orang terkenal, matanya jahatlah mencuri pandang.

Banyak juga barang yang mereka beli. Itu cerita spy Che Lee lah. Tak tahulah pulak kan kalau ada ramai lagi orang yang bersama-sama mereka yang tidak kelihatan oleh pandangan mata si spy tadi.

Che Lee bukanlah nak kata mereka melakukan kesalahan bila keluar membeli belah bersama-sama. Namanya kan kawan, mestilah menolong kawan kita yang memerlukan bantuan.

Tapi bila dua nama popular yang sedang menafikan hubungan, tiba-tiba dilihat keluar bersama keluarga, mestilah orang akan anggap ada sesuatu istimewa di antara mereka kan?

Kita pun tak nak lah cakap lebih-lebih pasal Remy ni. Takut nanti dia menulis posting memburukkan-burukkan kita pulak. Sebab Remy baru-baru ini hot dengan orang media.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: