TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia memberikan pertimbangan berhubung pembayaran balik pinjaman kepada pelajar yang gagal mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pada dasarnya PTPTN telah mensyaratkan setiap peminjam perlu membayar balik pinjaman tersebut selepas enam bulan tamat pengajian mereka.
"Bagaimanapun, PTPTN bersedia memberikan pertimbangan. Peminjam yang belum mendapat pekerjaan perlu melaporkan kepada PTPTN atau datang berunding.
"Kita akan memberikan kelonggaran dan menjadual semula bayaran balik pinjaman tersebut," katanya di sini semalam.
Katanya, terdapat lebih 228,000 peminjam yang tamat pembelajaran dengan pinjaman berjumlah RM2.5 bilion yang tidak memberi sebarang maklum balas berhubung pembayaran balik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: