
KOTA BHARU - Sebahagian daripada 80 peniaga di Karnival Halal Kelantan yang bermula di sini hari ini teruja untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Tinjauan Kosmo! di tapak karnival Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini mendapati rata-rata mereka melakukan persiapan awal di ruang gerai masing-masing.
Selain Kelantan, ada juga peniaga datang dari sejauh Johor dan Kuala Lumpur.
Seorang stokis Pusat Rawatan Menjaro yang menawarkan produk berasaskan madu dan habbatus sawda, Wan Anisah Aman, 61, mengaku tidak sabar untuk memulakan perniagaan.
"Hari ini (semalam) saya datang untuk tinjau gerai. Semuanya berjalan lancar. Tak sabar menunggu hari esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Bagi Sharon Chan, wakil dari syarikat makanan ringan, Snekku dari Batu Pahat, Johor pula juga sependapat dan yakin dapat mempopularkan produknya kepada penduduk Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: