
KOTA BHARU – Gerai syarikat kumpulan nasyid UNIC, UNIC Biotrade Sdn. Bhd. bakal menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival Halal Kelantan yang akan berlangsung hari ini.
Ia meliputi pertandingan karaoke, kuiz dan persembahan kumpulan-kumpulan nasyid.
Salah seorang ahli kumpulan nasyid itu yang juga merupakan pengarah urusan syarikat berkenaan, Ahmad Fadzli Ab. Aziz berkata, acara itu diatur bagi memeriahkan lagi gerai mereka yang turut menjual produk syarikat seperti makanan kesihatan, minyak wangi dan aroma terapi.
Menurutnya, pertandingan karaoke menyanyikan lagu-lagu UNIC juga ditawarkan kepada pengunjung berminat di gerai yang sama.
“Sepanjang karnival, kita juga menjemput kumpulan-kumpulan nasyid dari negeri Kelantan seperti kumpulan Sufian, Eltiezam, Hilwan dan Onedeen untuk membuat persembahan,” ujarnya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: