Sunday, May 1, 2011

Pandora hadiah untuk ibu


Gelang Pandora turut menjadi pilihan selebriti tempatan termasuk Vanida Imran dan Sofea Jane.


IBU amat bermakna kepada sesiapa sahaja. Pengorbanan ibu tidak ternilai dan sukar dibalas. Sempena Hari Ibu tidak lama lagi, apa salahnya menggembirakan hati orang yang melahir dan membesarkan kita ini dengan hadiah yang amat bermakna.

Pandora yang terkenal dengan pelbagai barangan kemas berasaskan charm yang unik dan istimewa misalnya boleh dijadikan sebagai pilihan untuk dihadiahkan kepada ibu tercinta.

Antara koleksi barangan kemas ini ialah loket perak berbentuk hati yang mudah dipadankan mengikut gaya anda.

Ia juga boleh digayakan dengan rantai tangan charm sebagai loket, rantai leher atau sebagai subang.

Pelakon Vanida Imran dan Sofea Jane antara tetamu yang memeriahkan pelancaran koleksi Pandora sempena Hari Ibu pada majlis pelancarannya yang diadakan di butik Pandora @ Habib di Ampang Point baru-baru ini.

Pada majlis itu, tetamu khas yang terdiri dari ibu dan anak diberi peluang untuk menghasilkan gelang dihiasi charm yang menjadi pilihan masing-masing.

Ada yang memilih charm tas tangan, strawberi, karung duit atau bunga kerana setiap charm yang dipilih itu mempunyai kenangan manis di sebaliknya.

Keluaran barangan kemas yang berasal dari Belanda sejak tahun 1982 ini kini telah dikenali di lebih 50 buah negara.

Pandora yang diedarkan oleh Habib secara eksklusif ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM130 dan ke atas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: