|
|
INCUBUS adalah kumpulan rock yang berasal dari California, Amerika Syarikat (AS) dan pernah popular menerusi beberapa lagu hit mereka seperti Drive dan Make Yourself .
Selepas muncul album keenam, Light Grenades pada 2006, setiap anggota Incubus menghilangkan diri kerana masing-masing melanjutkan pengajian di institusi berlainan.
Setelah lima tahun menyepi, mereka muncul semula menerusi album terbaru If Not Now, When? yang akan berada di pasaran mulai 12 Julai ini.
Baru-baru ini, wakil media massa tempatan diberi peluang berbual dengan gitaris utama kumpulan tersebut, Mike Einziger menerusi sidang video yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur.
Masih mengekalkan genre rock, Mike menjelaskan, irama itu masih lagi relevan dengan perkembangan muzik semasa.
Mengulas lanjut mengenai album terbaru mereka, Mike berkata, muzik rock akan terus hidup kerana ia merupakan medium untuk membebaskan tenaga, melepaskan tekanan dan meluahkan ekspresi serta metafora terhadap kebebasan.
"Walaupun genre muzik era kini mempunyai banyak variasi dan pilihan, muzik rock tidak akan luput ditelan zaman kerana ia berperanan penting kepada pencinta muzik.
"Lagi pun, irama rock telah wujud jika mahu dibandingkan dengan genre muzik lain," katanya di samping memberitahu album tersebut memuatkan 12 buah lagu.
Sempena kelahiran album baru, Incubus bakal berkunjung ke Kuala Lumpur untuk kali ketiga bagi menjayakan konsert Incubus Live in Kuala Lumpur 2011 pada 23 Julai ini di Stadium Negara.
Sejak ditubuhkan pada 1991, selain Einziger, Incubus dianggotai Brandon Boyd (vokal), Jose Pasillas (drum), Ben Kenney (bass) dan Chris Kilmore (turntable / keyboard).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: