Zain Saidin bermain gitar di salah satu sudut ruang tamu rumahnya. ILHAM rekaan kontemporari dan moden menjadi pilihan pelakon Zain Saidin.
Walaupun tinggal bujang dan seorang diri di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pelakon drama Kiah Pekasam dan Mata Ayer ini tidak kalah dari segi citarasanya.
Sudut yang menempatkan bahan bacaan dan perhiasan menarik di dalam bilik tidur Zain Saidin. Menjelajah ke segenap ruang rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi itu, setiap barang yang dihias tersusun kemas dan menarik. Zain gemar mengumpul beberapa koleksi barangan sukan dan patung superhero yang diminati.
Antara koleksi simpanannya termasuk baju, topi, kasut, sarung tangan dan memandangkan sukan kegemarannya ialah bola sepak, kick-boxing dan bola keranjang. Zain turut menyimpan koleksi barangan Superman dan Fantastic Four.
Ada yang dibeli di negara ini dan ada juga datang dari Amerika Syarikat.
Arca yang menarik ini mencuri tumpuan di ruang tamu.Ironinya, jejaka kacukan Melayu-Inggeris ini turut menyimpan dan menjadikan kipas antik sebagai perhiasan di ruang tamu rumahnya. Kipas itu merupakan pemberian kakaknya, bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin.
Memiliki rumah tersebut sejak lima tahun lalu, Zain membeli sedikit demi sedikit perhiasan dan perabot yang dirasakan menarik dan sesuai untuk mencantikkan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur itu.
Sudut ruang tamu yang digabungkan sekali dengan ruang menonton televisyen di rumah Zain Saidin.“Saya suka mengumpul barang-barang lama dan moden untuk seimbangkan konsep kontemporari dan moden. Selain menerima barangan pemberian kakak dan ibu, saya juga banyak mengeluarkan duit untuk berbelanja barangan perhiasan rumah.
“Dianggarkan lebih RM10,000 telah dikeluarkan untuk mencantikkan rumah termasuk membeli barangan elektrik seperti televisyen, Playstation 3,” katanya kepada Mingguan mStar.
Cermin dinding menjadi salah satu perhiasan menarik untuk menampakkan ruang rumah Zain Saidin menjadi lebih besar. Sambil meninjau, Zain berbual tentang ruang kegemarannya iaitu ruang menonton televisyen. Selain bilik tidur yang berkonsepkan warna biru dan coklat, Zain gemar menghabiskan masa di ruang menonton televisyen sambil bermain permainan Playstation 3.
Dia boleh berada di situ selama berjam-jam sehingga tertidur.
Dengan pemandangan indah di luar rumah dan suasana nyaman dari tingkat 16 rumah itu, ia menerbitkan ketenangan minda dan jiwa.
Antara dua bingkai poster superhero kegemaran Zain Saidin dihias di ruang tamu rumahnya. Kadangkala, Zain ada juga mengambil petua dan tip untuk menghias rumah daripada rakan-rakan tidak kira bangsa dan agama.
“Ada yang berpendapat, setiap barangan dalam rumah perlu seimbang antara air, besi dan kayu. Misalnya, air perlu mengalir ke dalam rumah kerana ia menjadi punca rezeki.
“Nabi juga ada bersabda supaya umat Islam bersikap sederhana dalam setiap perkara dan jangan terlebih atau terkurang,” katanya yang turut meletakkan bingkai grafik James Dean dan Superman.
Gambaran dalam bilik studio Zain Saidin.Untuk bilik tidur tetamu, Zain menghias mengikut stail Inggeris manakala sebuah bilik lagi digunakan sebagai bilik studio untuk rakaman lagu yang berkonsepkan warna hijau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: