Sunday, May 29, 2011

Enam inisiatif iktiraf golongan belia


NAJIB bersama golongan belia menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyediakan enam inisiatif bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan Parlimen Belia merupakan salah satu daripada inisiatif itu. Ia bertujuan untuk mengetahui pandangan, cadangan dan cita rasa golongan belia.

"Wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia sendiri.

"Syarat umur wakil belia mungkin bawah 40 tahun," katanya ketika merasmikan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa menteri Kabinet.

"Para belia (boleh) memilih wakil mereka, membahas usul-usul dan membuat cadangan. Kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu," kata Najib.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: