
KUALA LUMPUR – Bertam Ulu FC berharap cubaan pertama kali dalam kategori Superstar Rentap Futsal Putrajaya pada tahun ini akan berakhir dengan cerita gembira.
Menurut ketua pasukannya, Mohd. Ayob Alias, 36, pasukannya kini menjalani latihan tiga hari seminggu selain ke gimnasium sebelum beraksi.
Katanya, selain itu, persediaan lain yang dilakukan adalah dengan menyertai pertandingan futsal yang lain.
“Kami menganggap Rentap Futsal Kosmo! sebagai satu acara yang gah. Jadi, sebelum menyertainya kami terlebih dahulu menyertai pertandingan yang kecil dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya, sebagai satu pasukan, Bertam Ulu FC sudah berpakat untuk terus berjuang dalam kategori Superstar selain turut menyertai kategori Larut Malam dan Terbuka Lelaki.
Pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2000.
“Saya harap prestasi rakan-rakan saya cemerlang pada hari pertandingan nanti.
“Perasaan teruja dan tidak sabar mendorong semangat kami untuk bermain bersungguh-sungguh,” kata Ayob.
Jelasnya, pada Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu, pasukannya tersingkir di peringkat final.
“Tahun ini, semangat kekalahan telah bangkit menyuntik semangat berjuang untuk menang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: