![]() Syafiq sudah boleh senyum... Semalam penyanyi Dafi meluangkan masa melawat mangsa tanah runtuh Hulu Langat yang masih dirawat di Hospital Ampang, Selangor. Dia terpanggil sebagai memenuhi hasrat salah seorang pesakit, Muhd. Aizad Qusyahriry yang ingin sekali berjumpa dengannya. Bila ke wad 5D, Dafi turut menziarah pesakit lain yang ditempatkan berdekatan. Kehadiran Dafi mungkin dilihat biasa sahaja kerana tiada apa yang dilakukannya. Tapi secara tidak langsung Dafi sebenarnya sudah mampu membuatkan mangsa yang trauma kembali senyum. ![]() Aizad seronok bertemu idolanya, Dafi. Saya sempat melawat mereka di hospital bersama Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Muhammad Gadaffi sehari sebelum Gadaffi Ismail Sabri mengunjungi mereka. Syafiq masih enggan menerima pengunjung. Apatah lagi membenarkan wajahnya dirakam. Syafiq bagai terkurung di sebalik tirai katilnya. Malah doktor yang merawat juga memohon kerjasama agar dia tidak terlalu diganggu. Apatah lagi Syafiq mengalami kecederaan pada leher. Syafiq juga menberikan senyuman tawar sebagai tanda terima kasih bila Syed Gadaffi menghulurkan sumbangan peribadi kepadanya. Sayu sekali melihat keadaannya yang masih tidak dapat melupakan apa yang dilaluinya. Dia bagaikan seorang yang kosong pada masa itu. ![]() Siti Fatimah kuatkan semangat demi adik-adiknya. Tapi pada hari Dafi melawatnya, Syafiq sudah mampu tersenyum. Kehadiran media yang mahu merakam gambarnya berama Dafi dan pelawat lain selepas itu tidak lagi menjadi masalah. Mungkin sedikit semi sedikit traumanya beransur pergi. Dafi hanya datang, berbual dan bermesra dengan mereka. Tapi kesannya jauh mendalam apabila mampu menyembuhkan jiwa seseorang yang kosong. hari ini mereka sudah boleh senyum. Apatah lagi tiada lagi media yang mahu membawa mereka kembali mengimbau kejadian tersebut. Kehadiran pelawat yang tidak dikenali sedikit sebanyak membuatkan mereka rasa diri mereka disayangi ramai orang. Apatah lagi bagi anak-anak yang tidak ada keluarga di sisi. Kembar Syafiq, Siti Fatimah Ibrahim turut dirawat kerana trauma mengakui Syafiq perlukan sokongan untuk kembali pulih. Dia perlukan ketenangan. "Dia masih berfikir pasal adik-adik yang tidak dapat dia selamatkan. Saya juga trauma, tapi alhamdulillah saya kuatkan semangat kerana mahu memberi semangat kepada adik-adik yang lain. Kalau saya tak kuat macam mana saya nak memberi kekuatan kepada mereka," katanya yang ditempakan bersama-sama anaknya. Kalau lihat keadaannya, Fatimah nampak sihat, tetapi doktor masih mengesan tanda trauma yang ada. Sebab itulah dia masih tidak dibenarkan keluar. ![]() Aizad menerima sumbangan daripada Dafi JMD Aizad yang patah tangan kiri juga semakin gembira bila ramai orang datang melawatnya dan kawan-kawan lain. Dia kelihatan riang walaupun kadang-kadang teringatkan kawan yang sudah pergi buat selama-lamanya. "Saya tak sabar nak jumpa Dafi," kata Aizad apabila saya memberitahunya yang Dafi akan datang berjumpanya keesokan harinya. Dia nampak gembira sekali. Apatah lagi katilnya tidak diserikan oleh keluarga sebagaimana pesakit lain yang ada keluarga menemani. Aizad begitu gembira sekali bila Dafi mengotakan janji untuk bertemunya. Apatah lagi Dafi turut menyanyikan lagu Bila Terasa Rindu untuk menghiburkannya dan rakan-rakan lain semalam. ![]() Dafi bersama Siti Fatimah dan anaknya. Malah Dafi juga akan meminta kebenaran pihak berkaitan untuk membawa mereka menonton persembahan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an lakonannya yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. "Dafi memang ada plan nak melawat mereka, tapi sibuk dengan latihan teater. Alhamdulillah semalam Dafi lapang dan sempat melawat. "Memang Dafi sedih bila lihat mereka, lebih-lebih lagi yang kanak-kanak, tapi kita tak boleh nak tunjukkan kesedihan sebab kita mahu memberi mereka semangat. "Dafi juga tak tanya pasal kejadian tanah runtuh tu kerana tidak mahu mereka kenangkan balik. Dafi borak-borak hal biasa dan tanya khabar mereka dan tanya pasal persekolahan. "Syafiq pun Dafi nampak dalam mood baik semalam, alhamdulillah. Dafi rasa lega juga bila dapat memenuhi hasrat adik Aizad yang nak jumpa Dafi," kata pelanton lagu Euphoria itu semasa dihubungi hari ini. |
Saturday, May 28, 2011
Artis mampu ceriakan pesakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: