Sunday, May 1, 2011

Anang lamar Ashanty dalam studio


ANANG memberanikan diri 'melamar' Ashanty di hadapan khalayak dan dia bernasib baik apabila gadis itu berkata 'ya.'


BUKAN hanya meletakkan diri mereka sebagai pasangan duet, kini Anang Hermansyah dan Ashanty rasmi berpacaran.

Bekas suami Kris Dayanti tersebut menembakkan peluru cintanya kepada kekasih terbarunya ini sewaktu mengadakan persembahan program Dashyat. Dalam keadaan tersipu-sipu, Ashanty menyambutnya dengan penuh positif.

Studio Dahsyat RCTI menjadi kecoh ketika Anang secara tidak diduga menyatakan rasa cintanya kepada Ashanty di depan penonton di studio dan di rumah. Setiap kalimah-kalimah Anang tersebut turut dirakam.

Suasana bertambah heboh sewaktu pengacara program, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad melontarkan usikan terhadap pasangan ini dan ternyata wajah Anang kemerahan menahan malu dan menunggu jawapan Ashanty.

"Saya baru kenal Anang dan menjalin hubungan ini. Jadi biar sahaja matang mengikut waktu," luah Ashanty yang sebenarnya sudah cukup untuk membuat kesimpulan bahawa cinta Anang telah diterima. Namun rasa ragu-ragunya masih dirasakan.

"Saya ingin jawapan hari ini," kata Anang mendesak untuk mendapat jawapan secepatnya.

Ashanty hanya mengeluarkan dua perkataan menandakan bahawa dirinya menerima cinta Anang Hermansyah. "Iya deh," ucapnya singkat sambil malu-malu dan kemudian terus dipeluk Anang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: