![]() |
| SEBANYAK 58 kawasan kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Selangor terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Kira-kira 58 kawasan perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berada di kawasan berbukit berdepan risiko kejadian tanah runtuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohd. Noor Yaacob.
Beliau berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat oleh JKR tahun lepas mengenai taman-taman perumahan yang berada di kawasan berbukit.
"Kesemua 58 kawasan perumahan itu terletak dalam kawasan empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya di sini semalam.
Mohd. Noor berkata, kawasan paling banyak berisiko ialah di bawah MPAJ iaitu sebanyak 39 kawasan.
"Paling sedikit ialah di kawasan MPS sebanyak tiga lokasi iaitu di Cemerlang Height, Gombak Setia dan Plaza Tol Lebuh Raya Karak," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: