"Sejak akhir-akhir ni saya berubah jadi suri rumah yang sangat rajin. Saya akan pastikan rumah sentiasa bersih dan pernah saya basuh baju sampai tiga bakul sehari sebab ketagih nak buat kerja rumah. Saya akan pastikan saya bangun awal pagi untuk selesaikan segala kerja rumah tapi hal memasak saya serahkan kepada Diana sebab saya kurang pandai bab itu. "Bila saya dapat tahu Diana mengandung, baru tersedar kenapa saya rajin sangat sejak kebelakangan ini. Tapi saya banyak bagi nasihat kepadanya agar jaga pemakanan dan makan ubat sebab tak mahu perkara yang tak elok berlaku padanya dan kandungan. Memang saya kena beri banyak sokongan sebab ini pertama kali dia lalui pengalaman ini," ujar Zamarul bercerita pengalaman selepas mengetahui Diana mengandung lima bulan.
Mengakui silapnya memberi kenyataan kepada media bahawa mereka masih tidak mempunyai rezeki menimang cahaya mata walhal Diana ketika itu sedang mengandung dua bulan.
"Jujurnya kami tak tahu ketika itu Diana mengandung kerana dia seperti biasa, tak menunjukkan tanda-tanda awal wanita pregnant. Kami cuba check selepas itu dan baru tahu Diana sebenarnya sudah mengandung dua bulan. Bukan niat untuk menipu tapi memang kami benar-benar tak tahu.
"Namun saya benar-benar gembira akhirnya doa kami dimakbulkan. Sebolehnya saya mahukan anak perempuan walaupun saya tahu anak perempuan lebih sukar untuk dijaga. Sebab saya ada dua anak lelaki daripada perkahwinan lepas, Izzat Haiqal dan Iqmal Haiqal. Walau apapun jantina bukanlah persoalan utama, yang penting Diana dan kandungannya selamat," tambahnya yang bakal muncul dalam drama Ilusi yang akan mula bersiaran di TV3 pada 21 Jun ini. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: