Tuesday, June 29, 2010

Pekerja tren Madrid mogok tiga hari


SEJUMLAH penumpang menunggu ketibaan tren semasa mogok pekerja diadakan di sebuah stesen di Madrid semalam.


MADRID - Para pekerja tren bawah tanah di Madrid semalam mengadakan mogok selama tiga hari untuk memprotes tindakan pemotongan gaji yang dikenakan oleh kerajaan Sepanyol sebagai sebahagian daripada usahanya mengurangkan bajet defisit.

Syarikat Madrid Metro menyatakan mogok itu memberi kesan terhadap 50 peratus operasi perkhidmatannya.

Secara puratanya, seramai 2.5 juta penumpang menggunakan sistem tren bawah tanah setiap hari di Madrid.

Namun, ekoran pelajar sekolah dan universiti sedang bercuti, impaknya tidak terlalu ketara.

Mogok itu dibuat kerana gaji perkhidmatan awam akan dipotong sebanyak lima peratus bermula pada bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: