|
|
KUALA LUMPUR — Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lalu, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.
Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu dibuat serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.
“Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta.
Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis,” katanya selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi MTD, berkata kementerian menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis.
Katanya, sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD seperti terlibat dalam kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau terus menyingkirkannya dari maktab.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: