Thursday, June 17, 2010

Diana Rafar Hamil 5 Bulan

Tidak menyangka perubahan susuk tubuhnya yang semakin berisi berkat kehadiran orang baru dalam kehidupan berumahtangga bersama suami tercinta, Zamarul Hisham. Tidak menyedari dirinya hamil dan sering menafikan sekiranya disoal mengenai cahayamata kerana dirasakan rezeki ke arah itu belum dikurniakan Sang Pencipta.

"Memang ramai yang tanya bila nak dapat anak tapi selalunya kami nafikan. Selalunya kami jawab tak ada rezeki dan tak tahu pula masa itu saya mengandung dua bulan. Sebab saya rasa badan lain macam dan terus periksa dengan doktor. Memang tak sangka saya mengandung sebab tak ada pula alahan apa-apa.

"Bila saya dah tahu, barulah alahan nak datang dan muka saya selalu tumbuh ruam. Tapi syukurlah buat masa ini saya tak ada mengidam apa-apa yang pelik.

"Syukur saya diberi kesempatan untuk maklumkan kepada semua keadaan saya kerana ada yang menganggap kami sengaja menafikan kehamilan saya. Terdengar juga orang berkata tak elok terlampau hebohkan kehamilan anak sulung sebab takut jadi apa-apa kepada kandungan. Tapi kami sangat bersyukur dan Zamarul orang yang paling happy bila dapat khabar ini," ujar Diana.

Akui Memilih Watak

Keberkesanan lakonannya dalam Nenek Kebaya masih terasa. Dan sekali lagi Diana diberi kepercayaan memegang karektor utama dalam Ilusi. Baginya pemilihan watak yang sesuai amat penting untuk menjaga kualiti dan reputasinya.

"Saya memang akan memilih watak, lebih-lebih lagi lakonan saya dalam Nenek Kebaya amat dihargai peminat.Kalau boleh tak mahulah rosakkan reputasi itu. Saya pernah berlakon cerita yang saya sendiri rasa tak puas hati apabila menontonnya semula. Kalau boleh saya tak mahu jadi begitu dan sebab itu saya amat memilih watak yang ditawarkan.

"Tapi kadang-kadang bahaya juga bila terlampau jiwai watak sebab kadang kala karektor tu terbawa-bawa sampai ke rumah. Macam semasa berlakon Nenek Kebaya ada juga gangguan yang saya dapat selepas habis penggambaran. Untuk drama terbaru, Ilusi, saya pegang watak wanita yang boleh meramal masa depan dan akibat terlalu hayati watak, saya macam dapat ilusi yang ringan-ringan," tambah Diana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan Spa D’Lugano miliknya sewaktu hamil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: