Mohd Ali sendiri ada bercakap kepada media pasal rumah tangga mereka yang bakal berakhir walaupun ketika pertama kali hadir ke mahkamah, tiada perceraian yang berlaku.
Hari ini kalau kita baca akhbar, antara cerita besar ialah kekalahan teruk England dengan Jerman pada perlawanan kalah mati Top 16 yang berlangsung semalam. England Dibelasah, England Pulang Merana dan Barisan Muda Jerman Aibkan England, antara tajuk pasal perlawanan antara kedua-dua pasukan.
Namun semasa perlawanan disiarkan, mereka tidak tinggal bersama dan sudah memilih haluan sendiri dan menanti masa untuk berpisah secara sah mengikut undang-undang. Agaknya orang berdarah Jerman dengan keturunan England ni tidak boleh duduk dengan aman. Mungkin gaya hidup dan cara pemikiran yang berbeza membuatkan banyak benda yang jadi tak selari. Apa-apapun orang yang melaluinya pasti lebih tahu mengapa sesuatu keputusan harus diambil walaupun pahit. Semoga mereka tabah melaluinya. Mangga Muda: Diharapkan selepas segala-galanya selesai, mereka boleh kekal sebagai sahabat. Macam pasukan England dan Jerman yang akan bersahabat dalam sukan lagi selepas ini. |
Tuesday, June 29, 2010
Maya-Ali macam Jerman-England
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: