JADEN Smith anak kepada Will Smith agak beruntung kerana mendapat bapa yang sanggup memberi petua untuknya menghayati watak melakukan adegan bercium.
"Adegan itu menarik tetapi agak janggal bagi saya," jelas Jaden.
Biarpun ia bukan ciuman pertama namun situasi terbaru itu agak berbeza kerana pelakon kanak-kanak itu harus bercium di hadapan khalayak dalam tempoh yang agak panjang.
"Saya berasa kekok namun ayah menasihatkan saya agar tidak bercium sambil membuka mulut, kamu terlalu muda untuk itu," katanya.
Anak lelaki kepada pasangan Will Smith dan Jada Pinket yang sama-sama bergelumang dengan dunia lakonan jelas mewarisi bakat kedua-dua orang tuanya.
Sehingga kini, aktor berusia 11 tahun itu sudah membintangi tiga filem termasuk The Karate Kid yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: