Tuesday, June 29, 2010

Kesihatan S. Shamsudin Kembali Stabil

PETALING JAYA: Kesihatan pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, hari ini kembali stabil setelah dilaporkan kritikal di Hospital Alexandra, Singapura semalam.

Menurut seorang wartawan Rukijah Usman di Singapura yang enggan dikenali, doktor memaklumkan Shamsudin kembali stabil namun tekanan darahnya kurang baik.

“Doktor menukar antibiotik untuk memulihkan tekanan darahnya. Dia juga tidak perlu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” jelas wartawan itu kepada mStar Online.

Semalam, Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh di bilik air rumahnya pada malam Sabtu lalu.

Kejadian itu menyebabkan tulangnya retak.

Sahabat pelakon itu Datuk Aziz Satar baru sahaja menziarahi Shamsudin bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.

S. Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Dia telah berlakon lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura itu mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz menerusi filem Bujang Lapok.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: