Tuesday, June 29, 2010

Sukimi sasar jual 3 juta liter minyak pelincir


ISMAIL SABRI (tengah) bersama Ahmad Sukimi (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sukimi, Muhazli Muhammad pada majlis pelancaran Sukimi Maxiglide di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU - Syarikat pengeluar minyak pelincir, Sukimi Lube (M) Sdn. Bhd. (Sukimi) menyasarkan pengeluaran minyak pelincir sebanyak tiga juta liter dengan hasil jualan mencecah RM24 juta pada tahun ini.

Presiden Kumpulan Sukimi, Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim berkata, jumlah pengeluaran minyak pelincir yang dikeluarkan oleh syarikat itu pada tahun lalu sebanyak dua juta liter bernilai RM16 juta.

Menurutnya, sasaran mengeluarkan sebanyak tiga juta liter itu adalah berdasarkan kepada kemampuan pengeluaran kilang di Shah Alam, Selangor.

"Mengikut perancangan, Sukimi menyasarkan untuk menguasai 30 peratus pembekalan minyak pelincir di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran minyak pelincir jenama Sukimi Maxiglide di Bangunan Sukimi di sini kelmarin.

Pelancaran minyak pelincir itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: