Thursday, June 24, 2010

Tuntutan nafkah anak penyanyi selesai


Zainal Abidin


KUALA LUMPUR - Kes saman penghutang, Natasha Gabriel Abdullah terhadap penyanyi popular Zainal Abidin Ahmad berhubung tuntutan nafkah anak sebanyak RM18,900 telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah minggu lalu.

Pada prosiding semalam, peguam syarie, Norhusniah Husin yang mewakili Natasha, 51, hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi menyerahkan notis menarik balik tuntutan tersebut.

Peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal berkata, tuntutan tersebut telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah minggu lalu.

Pada 5 Mei lalu, Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Zainal yang gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding kes berkenaan.

Natasha memfailkan permohonan saman penghutang terhadap Zainal pada 20 April lalu atas dakwaan artis berkenaan gagal melunaskan bayaran nafkah dua orang anak mereka antara 2004 sehingga sekarang yang tertunggak sebanyak RM18,900.

Pasangan itu bernikah pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Mikhail dan Timur, masing berusia 18 dan 16 tahun, sebelum sah bercerai pada 12 Disember 2000. Mikhail disahkan menghidap penyakit autisme selain mengalami penyakit mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: