Thursday, June 24, 2010

Penganggur kena jel 38 tahun, 16 sebatan




KLANG - Seorang penganggur terpaksa menghabiskan usianya selama 38 tahun dalam penjara setelah didapati bersalah merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak kekasihnya sendiri tiga tahun lalu.

Selain dihukum penjara, Muhammad Khalid Teoh Abdullah (gambar), 34, turut dikenakan hukuman sebat 16 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap empat pertuduhan yang didakwa dilakukannya.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Khalid didakwa merogol anak teman wanitanya yang berusia 13 tahun ketika itu di sebuah rumah di Lorong Jambu, Pandamaran di sini pada pukul 8 malam pertengahan Jun 2007.

Dia juga didakwa memaksa mangsa melakukan seks luar tabie iaitu seks oral terhadapnya pada pukul 8.30 malam pada pertengahan Jun 2007 di rumah yang sama.

Pertuduhan ketiga pula dia didakwa merogol mangsa di sebuah apartmen di Jalan Dato' Dagang 22, Desa Idaman 2 pada pukul 2.30 petang 2 Jun 2007.

Sementara itu dalam pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama di sebuah apartmen di Jalan Bt. Nilam 13, Bandar Bukit Tinggi di sini pada pukul 8 pagi 7 Julai 2007.

Dalam pada itu, Muhammad Khalid turut didakwa mengikut Peraturan 25(1) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki kad pengenalan semasa ditahan pada 14 September 2007.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan bagi kesalahan merogol, manakala kes perlakuan seks luar tabii dibuat mengikut Seksyen 377 (C).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: