Wednesday, June 23, 2010

Tg. Bidara Resort bakal ditutup


SUASANA muram di Tanjung Bidara Beach Resort di Alor Gajah, Melaka .


ALOR GAJAH - Ketika era 90-an dahulu, nama pusat peranginan Tanjung Bidara Beach Resort begitu sinonim dengan pelancong yang datang ke Melaka.

Lokasinya yang mendamaikan kerana terletak di tepi laut Selat Melaka membuatkan sesiapa yang menduduki pusat peranginan tersebut walaupun sekejap begitu teruja dengan keadaan sekitarnya.

Namun entah apa silapnya sejak akhir-akhir ini, destinasi percutian terkenal itu semakin tenggelam kerana pelbagai masalah selepas sebuah syarikat mengambil alih pengurusan resort itu pada tahun 2003.

Lebih menyedihkan, resort yang disifatkan sebagai lambang kebanggaan penduduk sekitar Masjid Tanah itu kini berada di ambang 'hidup segan mati tak mahu' yang berkemungkinan ditutup atas alasan tidak mampu beroperasi lagi.

Difahamkan, resort tersebut didakwa menanggung kerugian lebih daripada RM4 juta sejak tempoh berkenaan.

Ekoran masalah tersebut, surat pemberitahuan telah diedarkan kepada pekerjanya pada 15 Jun lalu dan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kakitangannya khususnya yang setia bersama resort berkenaan sejak ia mula dibuka pada tahun 1985.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati beberapa kakitangan resort berkenaan resah dengan masalah yang dihadapi khususnya mengenai pembayaran gaji yang tidak diterima sejak tiga bulan lalu dan dalam masa yang sama terpaksa menyara perbelanjaan keluarga serta persekolahan anak-anak.

Sementara itu, IIUM Holdings Sdn. Bhd.(IIUM), pemaju Tanjung Bidara Beach Resort mengesahkan bahawa pusat peranginan itu berkemungkinan akan ditutup ekoran kerugian yang dialaminya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: