Wednesday, June 23, 2010

myDeals platform iklan terbaru


OVERBEKE (kiri), Kugan dan Trikalitis pada majlis pelancaran perkhidmatan myDeals di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buat julung-julung kalinya, Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan perkhidmatan pengiklanan menerusi telefon mudah alih yang dikenali sebagai myDeals kepada pelanggannya.

Tawaran terbaru itu direalisasikan menerusi usahasama dengan firma dari Austria, Out There Media (OTW) yang merupakan peneraju pasaran global dalam bidang pengiklanan menerusi medium mudah alih.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, pengiklanan menerusi telefon mudah alih itu memiliki keunikan tersendiri di mana ia perlu mendapat kebenaran pengguna.

"Program ini membenarkan pelanggan menentukan sendiri jenis iklan dalam mana-mana segmen yang mahu diterima, menerima maklumat terkini daripada segmen, informasi serta promosi terkini," katanya pada majlis pelancaran myDeals di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif OTM, Kerstin Trikalitis dan Ketua Bahagian Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis, T. Kugan.

Pengenalan perkhidmatan pengiklanan dengan kebenaran pelanggan itu merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di Asia Tenggara.

Kosmo! difahamkan perkhidmatan yang ditawarkan itu termasuk interaktif myDeals tidak akan dikenakan sebarang caj.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: